Selasa, 29 September 2015

"Most Outstanding Takaful Product"

Alhamdulillah syukur.. Buat kali kedua AIA PUBLIC TAKAFUL BHD telah dianugerahkan Produk Takaful paling cemerlang di KLIFF 2014 baru-baru ini. Berkat usaha dari syarikat dalam memberikan perlindungan terbaik kepada pelanggannya, produk pelan perubatan (A-Life Med Regular-i) telah berjaya memenangi anugerah tersebut. 



Perlindungan perubatan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Semuanya telah terbukti, dan ianya terletak di tangan masing-masing untuk memberikan perlindungan terbaik kepada diri dan keluarga.

"AIA Public declares RM8.5mil surplus"

RM8.5 juta untuk dikongsikan kepada pemegang polisi takaful dari AIA Public Takaful

AIA Public Takaful telah mengumumkan perkongsian lebihan (surplus sharing) sebanyak RM8.5 Juta kepada pemegang polisi takaful dari syarikat mereka dan jumlah lebihan keuntungan ini akan dibahagi-bahagikan dan dimasukkan kedalam pelan pelaburan setiap pemegang polisi.



Apakah yang dimaksudkan dengan Perkongsian Lebihan (Surplus Sharing)?


"Surplus Sharing" merupakan sejumlah wang lebihan dari sumbangan yang dibuat oleh pemegang polisi takaful AIA Public Takaful. Jumlah ini diperoleh daripada keuntungan yang telah ditolak segala kos operasi Pengendali Takaful, segala tuntutan (Claim) & segala kos Wakalah/kos operasi Agensi (termasuk insentif & bonus yg dibayar kepada Takaful Planner & Agensi).



Soalan : Apakah Status AIA? Boikot AIA?

AIG lepas pegangan AIA

Ramai yang keliru tentang status AIA dan sentiasa mengatakan bahawa AIA perlu diboikot kerana berkaitan dengan Israel dan Amerika. Melihat dari gambar dibawah, AIA merupakan salah satu di antaranya. Tapi tahukah anda AIG telah melepaskan pegangan sahamnya di AIA?


Sila rujuk keratan akhbar di bawah, dan untuk pengetahuan semua pada tahun 2009, AIG telah berpisah dari AIA. AIA kini adalah syarikat insuran yang beroperasi di Hong Kong dan semua syarikatnya beroperasi di dalam rantau Asia Pasifik seperti Taiwan, China, Australia, New Zealand, Jepun, India, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia, Macau, South Korea, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei & Vietnam. Sebab mengapa AIA tidak menukar nama setelah di ambil alih adalah kerana ingin mengekalkan jenama AIA yang telah sekian lama dikenali ramai.


Antara pautan laman web lain yang menerangkan status AIA dan syarikat-syarikat yang berkaitan Israel.






Wasiat atau Hibah

Apa itu Wasiat Atau Hibah?


Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undanundanIslam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedudua instrumen ini digalakkan dalam Islam,di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia bolemengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan.Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat makadia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapanini tidak tepat kerana kedua- dua instrumen ini jugasebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Justeru kertas ini cuba mengupas isu-isu berkaitan dengan hibah dan wasiat dari segi hukum hakam dan aplikasinya di Malaysia.

Maklumat lanjut boleh ke pautan seperti di bawah :


Untuk makluman, di AIA Public Takaful ada menyediakan khidmat hibah selain dari wasiat. Ini memudahkan proses pemberian hibah dimana pemberian pampasan boleh dilakukan dengan mudah agar penerima pampasan dapat menerima dengan hati yang senang. Proses pemberian hibah boleh dilakukan dengan pembahagian secara peratusan dari jumlah "Sum Covered" yang dibuat.

Sebagai contoh : 

Pemberi Hibah membuat "SUM COVERED" sebanyak RM1 juta. 
Semasa menandatangani polisi, pemberi hibah perlu menandatangani borang urusan hibah dimana jumlah pampasan boleh dibahagikan secara peratus.

  1. Isteri - 50% - jumlah RM500,000
  1. Bapa - 25% - jumlah RM250,000
  1. Ibu - 25% - jumlah RM250,000

Ini membolehkan pembahagian pampasan dibuat tanpa menggunakan proses wasiat dan penerima pampasan menerima dengan hati yang terbuka tanpa berlaku pergaduhan merebutkan harta yang ditinggalkan.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya agar penerangan secara lebih lagi dapat diberi. 


Comments system