Isnin, 28 September 2015

Definasi Takaful dan kenapa kita perlukannya.

Apa itu Takaful?

Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling derma-menderma dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat Salah seorang daripada kumpulan ditimpa malapetaka atau musibah.
Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal.

Kenapa Kita Perlukan Takaful..?

1. Setiap manusia tidak boleh menjangka bila akan tiba Musibah(Kemalangan,Penyakit, Kematian).
2. Sebagai persiapan Sekiranya Sebarang musibah Berlaku, Kita tidak perlu Meminta @ Berhutang dengan sesiapa untuk Melangsaikan kos rawatan di hospital.
3. Sebagai Alternatif @ Backup Plan Sekiranya Tidak mampu bekerja disebabkan kemalangan @ penyakit, Kita masih lagi Mempunyai Income untuk menyara Keluarga Tercinta.
4. Takaful Merupakan salah satu daripada (4 Color Of Money) yang mana Setiap Orang perlu ada dalam Menguruskan Kewangan Masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Comments system